AALY Packaging

Jawapan

Soalan yang selalu ditanya

Tempoh siap, pembayaran, sample, penghantaran. Kalau ada yang tiada di sini, tanya kami di WhatsApp.

How long does it take to produce custom bags?

Five working days from order confirmation for ready-stock items, with courier delivery usually arriving the next day. The fastest we can turn an order around is 3 days, and we do not charge a rush fee. We either can do it or we tell you we cannot.

Berapa lama nak siapkan custom bag?

Lima hari bekerja selepas order confirm untuk barang ready stock, dan courier biasanya sampai keesokan hari. Paling cepat kami boleh siapkan dalam 3 hari, dan kami tak caj rush fee, kalau boleh buat kami buat, kalau tak boleh kami terus beritahu.

Do I need to pay for a sample first?

Usually we advise against it, because a physical sample costs money and time. We send you a similar sample free of charge so you can feel the fabric, and your own design is confirmed against the artwork. A mockup sample, if you do want one, takes 5 days.

Kena bayar untuk sample dulu ke?

Biasanya kami tak cadang, sample fizikal makan kos dan masa. Kami hantar sample yang serupa secara percuma supaya anda boleh pegang kainnya, dan design anda disahkan melalui artwork. Kalau memang nak mockup sample, ia ambil 5 hari.

What file do I need to send, and what if I do not have a design?

Adobe Illustrator or any vector file, as long as it is high resolution. We will handle colour changes, resizing and adding simple text at no extra step. What we do not do is design artwork from scratch. For that you will get a better result from your own in-house or regular designer.

Fail apa yang kena hantar, dan kalau tiada design macam mana?

Adobe Illustrator atau mana-mana fail vector, asalkan resolusi tinggi. Tukar warna, ubah saiz dan tambah teks ringkas kami uruskan. Yang kami tak buat ialah reka artwork dari kosong, untuk itu designer sendiri atau designer yang anda biasa guna akan bagi hasil lebih baik.

What are the payment terms?

50% deposit with the balance on delivery. 30-day terms are available for established accounts.

Bagaimana cara pembayaran?

Deposit 50% dan baki dibayar semasa penghantaran. Terma 30 hari tersedia untuk akaun yang sudah lama berurusan.

Do you deliver outside Melaka, and how much is shipping?

Delivery within West Malaysia is free. East Malaysia and Singapore are quoted based on weight and quantity. Shipping is built into the price we quote you, so the number on your quotation is the number you pay, with no hidden charges at the end.

Hantar ke luar Melaka tak, dan berapa kos penghantaran?

Penghantaran dalam Semenanjung Malaysia percuma. Malaysia Timur dan Singapura dikira ikut berat dan kuantiti. Kos penghantaran sudah termasuk dalam harga yang kami quote, jadi angka dalam sebut harga itulah yang anda bayar, tiada caj tersembunyi di hujung.

Which bag suits my industry?

Cooler bags are worth considering for F&B, food delivery and frozen goods. For everything else a non woven bag does the job. PP woven or canvas is the upgrade when there is budget for it.

Beg mana sesuai untuk industri saya?

Cooler bag berbaloi dipertimbangkan untuk F&B, penghantaran makanan dan barangan sejuk beku. Selain tu, non woven bag sudah memadai. PP woven atau canvas ialah naik taraf bila ada bajet.

Dapatkan sebut harga

Beritahu kami apa yang anda perlukan dan kami akan sebut harga.