DTF
Logo kecil dan kawasan terpilih- Sesuai untuk
- Logo dan reka bentuk penuh warna yang kecil di satu kawasan.
- Boleh untuk
- Beg non woven
- Beg kanvas
- Kemasan cetakan
- Lapisan cetakan nipis pada permukaan beg.
Beg non woven dicetak dengan logo anda, stok sedia ada dari 100 keping. Beg yang paling ramai minta.
Kain baru 100gsm, tahan 10kg, tempoh siap yang jelas dan pilihan cetakan tempatan.

1Pilih saiz andaLebar × tinggi × dalam, dalam cm
222 pilihan warna
Pilihan warna berbeza mengikut saiz. Warna di skrin hanya panduan.
3Jenama anda
Sertakan logo, kuantiti dan tarikh diperlukan dalam chat.
490+ perniagaan telah kami bantu.




















































































Bermula RM1.00 sekeping
Beg kosong, tanpa cetakan logo.
Mahu logo anda? WhatsApp kami untuk harga. Beg A4 bercetak bermula RM1.50 sekeping untuk 1,000 keping.
Kebanyakan orang yang tanya "woven bag" sebenarnya maksudkan Beg Non Woven, beg kain lembut. PP Woven pula beg anyaman yang lebih keras, macam beg IKEA atau 99 Speedmart.

Beg tote kain lembut. Halaman ini.

Beg anyaman yang lebih keras, jenis IKEA atau 99 Speedmart.
Silkscreen untuk logo warna padu. DTF atau sublimasi untuk gradien dan penuh warna.
Cetakan silkscreen dikenakan caj ikut bilangan warna pada setiap sisi. Satu warna pada satu sisi dikira satu, walaupun depan dan belakang guna warna yang sama.
1 warna · 1 sisi
Jumlah kiraan warna1
1 warna · 2 sisi
Jumlah kiraan warna2
2 warna · 1 sisi
Jumlah kiraan warna2
2 warna · 2 sisi
Jumlah kiraan warna4
3 warna · 1 sisi
Jumlah kiraan warna3
3 warna · 2 sisi
Jumlah kiraan warna6
Gradien dan foto perlukan kaedah penuh warna. Pilih ikut saiz reka bentuk.
Beg PP woven stok sedia sudah berlaminasi, jadi DTF dan sublimasi tidak boleh digunakan.
| Kuantiti minimum | 100 pcs (ready stock) |
|---|---|
| Berat kain | 100gsm, kain baru |
| Saiz (L × T × D) | A5 20 × 23 × 8 · A4 28 × 33 × 8 · A3 42 × 32 × 10 · A3+ 35 × 40 × 12 · A2 42 × 39 × 16 cm |
| Warna | 22 pilihan, bergantung pada saiz |
| Muatan | 10 kg |
| Cetakan | Silkscreen, DTF atau sublimation |
| Tempoh siap | 5 hari bekerja selepas order confirm |
Gradient boleh dicetak. Cetakan tempatan ambil masa 1 hingga 2 minggu.
5 hari bekerja selepas order confirm
5 hari
Keesokan hari
Minimum 3 hari, tanpa caj tambahan
Penghantaran ke Semenanjung percuma. Malaysia Timur dan Singapura ikut berat dan kuantiti. Kos penghantaran sudah termasuk dalam sebut harga.
Antara jenama yang pernah kami buatkan beg: Mamee, Tealive, F&N, TMG Mart dan lain-lain.






Beg tote yang lembut seperti kain, dibuat daripada gentian yang dicantum, bukan ditenun. Dari situlah datangnya nama non woven.
Ramai orang Malaysia memanggilnya beg recycle atau beg eco. Ia beg paling banyak ditempah di AALY, dan lebih murah daripada PP woven atau kanvas.
Bungkus bawa pulang dan penghantaran F&B, beg pasar raya dan kedai runcit, pembungkusan makanan, acara dan hadiah.
Orang terus guna semula beg ini, jadi logo anda terus dilihat lama selepas jualan.
Mula dengan A4: 28 × 33 × 8 cm. Saiz lain dibuat ikut tempahan, hantar sahaja ukuran anda.
Kami guna fabrik baharu 100gsm yang tahan 10kg. Banyak beg di pasaran guna stok lama 75 hingga 80gsm, sebab itu ia mudah koyak.
WhatsApp logo, kuantiti, saiz dan tarikh diperlukan. Kami sahkan beg dan cara cetakan, dan boleh sediakan mock-up dalam 5 hari.
Stok sedia dihantar 5 hari bekerja selepas pengesahan, dan kurier biasanya sampai keesokan hari. Tempahan segera siap dalam 3 hari tanpa caj tambahan. Deposit 50%, baki semasa penghantaran.
Kebanyakan orang yang tanya kami pasal "woven bag" sebenarnya maksudkan non woven bag, beg kain lembut untuk event, kedai dan F&B. PP woven bag pula beg yang lebih keras macam beg IKEA dan 99 Speedmart.
100 pcs untuk non woven, PP woven dan canvas bag, sebab stok tu kami ada ready. Non woven laminated mula dari 5,000 pcs sebab custom made. Cooler bag 200 atau 5,000 pcs ikut design. Order terbesar yang kami pernah buat 126,000 pcs untuk satu saiz, tiada had atas.
Boleh, gradient memang boleh dicetak. Di Malaysia kami ada silkscreen, DTF heat transfer dan sublimation dalam 1 hingga 2 minggu, dan cetakan laminated dari 5,000 keping, dibuat di China dalam 45 hingga 60 hari.
Lima hari bekerja selepas order confirm untuk barang ready stock, dan courier biasanya sampai keesokan hari. Paling cepat kami boleh siapkan dalam 3 hari, dan kami tak caj rush fee, kalau boleh buat kami buat, kalau tak boleh kami terus beritahu.
Penghantaran dalam Semenanjung Malaysia percuma. Malaysia Timur dan Singapura dikira ikut berat dan kuantiti. Kos penghantaran sudah termasuk dalam harga yang kami quote, jadi angka dalam sebut harga itulah yang anda bayar, tiada caj tersembunyi di hujung.
Adobe Illustrator atau mana-mana fail vector, asalkan resolusi tinggi. Tukar warna, ubah saiz dan tambah teks ringkas kami uruskan. Yang kami tak buat ialah reka artwork dari kosong, untuk itu designer sendiri atau designer yang anda biasa guna akan bagi hasil lebih baik.
Biasanya kami tak cadang, sample fizikal makan kos dan masa. Kami hantar sample yang serupa secara percuma supaya anda boleh pegang kainnya, dan design anda disahkan melalui artwork. Kalau memang nak mockup sample, ia ambil 5 hari.
Kami di Ayer Keroh, Melaka, dan kami bekal ke seluruh Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur dan Singapura. Berada di Melaka tak hadkan ke mana kami hantar, kebanyakan pelanggan kami bukan dari Melaka.
AALY Packaging di Melaka anggap ia beg yang sama. Kebanyakan orang yang minta recycle bag atau eco bag maksudkan beg tote non woven yang lembut. Itu nama harian, bukan nama bahan, jadi hantar gambar di WhatsApp 014-389 2259 dan kami sahkan beg apa.
Beza beg woven dan non woven: cara kenal, mana sesuai untuk perniagaan anda, harga dan MOQ 100 pcs. Oleh AALY Packaging, Melaka, Malaysia.
Baca panduanGsm mana patut dipilih untuk non woven bag, kenapa beg murah koyak, dan cara semak kain sebelum order. Kain baru 100gsm, tahan 10kg. AALY Packaging, Melaka.
Baca panduanSilkscreen, DTF, sublimation dan cetakan laminated untuk logo pada tote dan non woven bag di Malaysia: warna, kos, tempoh. Oleh AALY Packaging, Melaka.
Baca panduanBahan, gsm, MOQ, cetakan, tempoh siap dan apa yang patut ditanya kepada supplier.
Baca panduanHantar logo, kuantiti, saiz dan tarikh diperlukan. Kami bantu langkah seterusnya.