Beg Non Woven Laminated di Malaysia
Cetakan laminated penuh warna untuk jenama yang mahu beg nampak macam pembungkusan produk mereka.
Custom made dari 5,000 pcs. 45 hingga 60 hari.
- Dari 5,000 keping
- 45 hingga 60 hari

Pelanggan gembira kami
490+ perniagaan telah kami bantu.
Spesifikasi
| Kuantiti minimum | 5,000 pcs (custom made) |
|---|---|
| Cetakan | Penuh warna, laminated |
| Dikeluarkan di | China. Tiada kilang tempatan yang buat |
| Tempoh siap | 45 hingga 60 hari |
| Sesuai untuk | Order besar yang tidak kejar masa |
Pilihan cetakan
Silkscreen
Warna spot, 1 hingga pelbagai warna. Paling murah.
DTF
Penuh warna termasuk gradient, untuk kuantiti kecil. Paling mahal.
Sublimation
Penuh warna termasuk gradient, untuk ruang cetakan besar. Lebih murah dari DTF.
Cetakan laminated
Penuh warna, kualiti tertinggi. Dari 5,000 pcs, dibuat di China.
Gradient boleh dicetak. Cetakan tempatan ambil masa 1 hingga 2 minggu.
Perlukan kuantiti lebih kecil atau lebih cepat?
Untuk order bawah 5,000 pcs, atau kalau anda perlukan beg lebih awal, pertimbangkan Beg Non Woven dengan cetakan silkscreen, DTF atau sublimation. Cetakan tempatan siap dalam 1 hingga 2 minggu.

Beg Non Woven
Stok sedia dari 100 keping.
Tentang beg non woven laminated
Apa itu beg non woven laminated?
Beg non woven dengan filem bercetak yang dilaminate di atasnya, jadi cetakannya penuh warna, tajam dan terang.
Ini pilihan cetakan paling berkualiti kami, dibuat di China. Begnya tahan lama, boleh guna semula dan tahan 10kg.
Beg laminated sesuai untuk siapa?
Jenama yang tempah dalam kuantiti besar: pelancaran produk, promosi dan acara, serta jenama runcit seperti pasar raya.
Rupanya yang premium buat jenama anda lebih menonjol.
Berapa lama beg laminated siap?
Rancang 45 hingga 60 hari. Kami muktamadkan reka bentuk dan butiran tempahan, kemudian beg dibuat custom di China.
Penghantaran percuma ke Semenanjung dan sudah termasuk dalam sebut harga.
Soalan lazim
Laminated bag berbaloi bayar lebih tak?
Harga seunit sebenarnya rendah, yang anda bayar ialah kuantiti minimum dan masa menunggu. Laminated bag sentiasa custom made, mula dari 5,000 pcs, penuh warna, dan hanya China yang buat, jadi kira 45 hingga 60 hari. Kalau perlu 5,000 ke atas dan tak kejar masa, ini beg yang lebih baik.
Patut buat di Malaysia atau di China?
Pengeluaran tempatan ambil 5 hingga 20 hari. China ambil 45 hingga 60 hari tapi kos kurang RM0.50 hingga RM1.50 sekeping, ikut saiz, artwork dan kuantiti. Kami cadang China bila order 5,000 pcs ke atas dan tak kejar masa. Bawah tu, atau kalau nak cepat, buat tempatan lebih baik.
Ada cetakan apa, dan boleh cetak gradient tak?
Boleh, gradient memang boleh dicetak. Di Malaysia kami ada silkscreen, DTF heat transfer dan sublimation dalam 1 hingga 2 minggu, dan cetakan laminated dari 5,000 keping, dibuat di China dalam 45 hingga 60 hari.
Panduan untuk pembeli
Cetak Logo pada Beg: Kaedah Dibanding
Silkscreen, DTF, sublimation dan cetakan laminated untuk logo pada tote dan non woven bag di Malaysia: warna, kos, tempoh. Oleh AALY Packaging, Melaka.
Baca panduanGSM Non Woven Bag: 80gsm vs 100gsm
Gsm mana patut dipilih untuk non woven bag, kenapa beg murah koyak, dan cara semak kain sebelum order. Kain baru 100gsm, tahan 10kg. AALY Packaging, Melaka.
Baca panduanCara Membeli Beg Custom di Malaysia
Bahan, gsm, MOQ, cetakan, tempoh siap dan apa yang patut ditanya kepada supplier.
Baca panduanBincang projek beg laminated anda dengan kami
Hantar logo + kuantiti + saiz + tarikh diperlukan. Kami cadangkan pilihan terbaik untuk jenama anda.



















































































